Portal SEKSYEN.com merupakan web portal tentang Kisah Mahkamah dan Undang-undang di bawah pengurusan BOMBASTIX.com dari Malaysia.
BOMBASTIX.com merupakan sebuah syarikat media digital Malaysia yang memaparkan kandungan semasa dan terkini tentang percutian, permotoran, makanan, kehidupan, inspirasi dan sebagainya.
BOMBASTIX ditubuhkan pada Januari 2022 sebagai sebuah platform media digital di mana fokus kepada penulisan penceritaan dunia sebenar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Ia menghimpunkan kisah atau cerita yang ada di media sosial dibawah satu niche agar mudah diikuti oleh pembaca yang minat dalam sesuatu penulisan tersebut.
Setiap pembaca mempunyai minat pembacaan yang berbeza-beza. Jadi BOMBASTIX mengasingkan setiap penulisan, setiap kisah, setiap cerita mengikut niche masing-masing. Ia disusun di dalam portal dengan kemas dan teratur. Setiap penulisan juga dimasukkan sumber dari penulis tersebut. Sejak ditubuhkan, BOMBASTIX mendapati ramai berminat membaca dan mengikuti cerita dari apa yang mereka suka dan rasa dekat dengan mereka. Dari sini BOMBASTIX mudah untuk mengetahui dan fokus kepada siapa sasaran pengguna.
Daripada portal sedia ada, BOMBASTIX akan menghubungkan kandungan yang dihasilkan setiap hari ini melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan Youtube. Ini cara bagaimana BOMBASTIX sampaikan info terkini kepada pembaca.
Dengan cara ini ia akan menarik minat dari pelbagai jenis lapisan pembaca di seluruh Malaysia. BOMBASTIX bermula dari 0 dan jangkaan bakal menarik 1 juta pengunjung sebulan dan lebih 5 juta page views setiap bulan di masa akan datang. BOMBASTIX bakal berkembang menjadi sebuah media digital utama seiring dengan perkembangan teknologi internet semasa di mana semua orang mendapat info dari media sosial.
Pasukan BOMBASTIX di masa akan datang akan menambah baik kandungan portal yang ada melalui gaya penceritaan yang santai, mengikut keadaan semasa dan disunting dengan kemas melalui gaya dan visi tersendiri BOMBASTIX.