
Sebab banyak kali nampak video di reels, saya kompilasikan pengajaran dari kes mahkamah Johnny Depp (JD) – Amber Heard (AH).
1. Cinta Itu Buta
Umur perkahwinan mereka adalah 15 bulan. Waktu itu umur JD ialah 52 tahun manakala umur AH ialah 29 tahun. Beza 23 tahun. Kalau di Malaysia ni berlaku, mau habis kecoh tua ganyang tak sedar diri kan?
.
Waktu mereka gaduh ni, bukan sikit-sikit.
Mental. Horror.
Jari terputus sikit. Ada najis atas katil.
Tulis kat cermin pakai darah sendiri.
.
2. Latar Belakang Keluarga Abusive
Kedua- duanya dibesarkan dalam latarbelakang keluarga yang abusive. Ibu JD seorang yang abusive. JD menjadi mangsa dikasari ibunya dari segi verbal, psikologi dan fizikal. Kadangkala ibunya membaling bekas abu rokok, kasut dan telefon ke JD.
.
Ini bukan sahaja dialami JD, bahkan adik beradik dan ayahnya. Sifat ayahnya pula adalah pendiam, sabar dan tidak pernah sekalipun membalas perbuatan ibunya. Tapi JD tetap sayang dan hormat mak dia. AH pula dibesarkan oleh ayahnya yang kaki mabuk dan panas baran. AH diasuh macam anak lelaki. Ayahnya selalu membawa dia memburu dan memancing. Ini membentuk AH sebagai seorang yang sukakan senjata api. Siap bawa tidur lagi pistol.
.
3. Persekitaran Sama, Hasil Berbeza
Walaupun dibesarkan dalam latarbelakang abusive yang sama, JD membesar menjadi seorang yang empati, hargai persahabatan. AH pula menjadi abusive, suka berbohong. Adik AH si Whitney pun pernah jadi mangsa AH. Tapi masih support akak
.
4. Buat Baik Pada Semua
Jika perasan, ketika sebelum dan selepas persidangan mahkamah, JD akan salam dan tanya khabar dengan semua orang dan melambai kepada peminatnya di luar mahkamah. Sebenarnya buat baik ni terapi tau. Dapat senyum, tanya khabar kat orang.
.
Baik tak baik JD ni, sampai ex dia Kate Moss pun jadi saksi untuk dia, kata dia bukannya abusive. Siap masa prosiding tu, ada orang bersin dan JD ucapkan “bless you”.
.
5. Berfikir Sebelum Bercakap
Dalam prosiding mahkamah, JD lebih berdiam dan mengeluarkan ayat yang pendek tapi mendalam. Siap gelak dan bahan peguam AH lagi bila kena objection.
Ada waktu tu peguam AH kata JD ni kuat minum arak lepas cerai. Jawap JD “kau ada ke masa tu?”.
.
Savage
.
Berbeza dengan AH yang bercerita meleret dengan emosi tapi akhirnya fakta tak betul, lupa fakta, sehingga peguam Johnny, Camille berjaya menunjukkan penipuan Amber, pura-pura menangis.
.
6. Jaga Aib Bekas Pasangan
Sebenarnya lepas mereka cerai, masing-masing move on. Tak payahla claim kita je betul, bekas pasangan kita salah. Kita bukan Nabi. JD mula bawa kes mahkamah sebab AH dakwa dia adalah wirawati keganasan rumahtangga. Terpaling betul.
.
Walaupun tak sebut terang-terang, sahlah orang pandang ke JD. Benda ni akibatkan JD hilang kontrak dengan Disney sampai dia kecewa dengan Disney. Lepas ni kalau Disney tawarkan gaji 300juta dan 1 juta alpaca pun, dia takkan terima. Dengarnya sequel Fantastic Beast pun dia taknak.
.
7. Kawan ni Masa Susah Baru Kenal
Disney masih jual merchandise Kapten Jack Sparrow, ambil untung dari lakonan JD tapi batalkan kontrak dia untuk sequel Pirate of Caribbean. Tapi Dior tetap dengan Johnny. Lepas menang kes mahkamah ni, jualan Dior melonjak sebab sokongan
orang ramai dan Disney pula digasak untuk minta maaf pada JD. .
Agak-agak camne la movie Pirates of Caribbean tanpa JD. JD takde masa keputusan mahkamah sebab dia buat persembahan. Dia hanya nak kan kebenaran.
.
Diharap kita semua dapat pengajaran dari kes ini.
Sumber: Fitri Yusof